SEJARAH

KAMPUNG PASIR BESAR 


Kampung Pasir Besar adalah kampung tertua di Negeri sembilan. Diriwayatkan bahawa sekitar tahun 1410 Seorang Pembesar dari Sumatera Bergelar Dato' Melingkar Alam atau Bendahara Skudai telah bernikah dengan gadis tempatan dan menetap di kampung ini. Sejak itu kampung ini mula dikenali dan ramailah pedagang yang datang berniaga di suatu tempat yang dinamakan Pasir Menanti. Keturunan yang ada di kampung ini sekarang adalah dari generasi ke 17 hingga ke 22 dari keturunan Dato' Melingkar Alam. Perihal Dato Melingkar Alam ini diperakui oleh Waris Kesultanan Pagar Ruyong Tanah Minangkabau. Lima orang anak pembesar ini telah diutus menjadi Penghulu Luak di lima luak waktu itu iaitu : - Luak Johol, Luak Jelebu, Luak Rembau, Luak Sungai Ujong dan Luak Kelang. Kini hanya tinggal 4 Luak sahaja di Negeri sembilan dan pembesar bagi 4 Luak ini bergelar YTM Dato Undang Luak Sungei Ujong, Luak Rembau, Luak Jelebu dan Luak Johol. Suku yang ada di Kampung Pasir Besar ini adalah Suku Biduanda Waris Raja. Kesemua Undang Yang 4 Di Negeri Sembilan ini adalah keturunan Biduanda.






No comments:

Post a Comment